Followers


hye!welcome to my blog..dan jgn lupe follow sekali,tau ?? thanks :)

DON'T HURT ME AGAIN

Assalamualaikum, all my reader hopefully you all in good..

malam nie saya bersengkang mata semata-mata untuk mengupdate blog nie.. 'tapi kenapa mesti malam kenapa tak pagi ke petang'.. ukey suka hati jiwa saya lah ikud mood saya

 hmm tak tahu lah ape yang sedang bermain difikiran saya malam-malam buta macam ni selalunya pukul 12 mesti mata saya dah mengantuk.. tapi tidak untuk malam ni..

 perasaan sayang,terharu,sedih,marah,cemburu bercampur menjadi satu dah macam nasi campur kat gerai makanan tengah hari .. kadang-kadang kalau hati kita terluka dan jiwa kita merintih kita dapat sembunyikannya dihadapan orang lain.. tapi jauh mana kita dapat sembunyikannya..orang lain tak akan tahu apa yang ada kat dalam hati kita..sometime kita terpaksa berlakon untuk tidak membuat orang yang berada disekeliling kita risau sampai orang cakap wahh best lah hidup kau happy je aku tengok..memang luaran sahaja tapi kat dalam sape yang tahu.. kita hanya mampu berdoa dan memohon kepada allah supaya memberikan kekuatan pada kita agar kita dapat menghadapi setiap ujian NYA dengan tabah.. disini aku tak minta simpati daripada sesiapa..

 jangan bandingkan aku dengan orang lain.. aku juga seorang manusia biasa yang ada hati dan perasaan tipulah kalau aku tak rasa cemburu dengan kelebihan orang lain.. tapi aku sudah cuba yang terbaik ..aku ingin menjadi diri aku sendiri itu lebih baik ..tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki..setiap orang ada kelebihan dan kekuragan dalam diri masing-masing..allah itu maha adil tiada manusia yang sempurna kat dalam dunia nie melainkanNYA .. kalau kita nak kan seseorang tu cubalah untuk terimanya seadanya.baik buruknya,kelebihan dan kekurangannya


kadang kala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati dalam  membuat sesuatu keputusan .. yang lepas biar lah lepas walau apa pun yang terjadi terus lah melangkah..perjalanan kita masih jauh .. gagal sekali tak bermakna kita gagal untuk kali kedua asalkan kita ada usaha


#motif

3 comments: