Followers


hye!welcome to my blog..dan jgn lupe follow sekali,tau ?? thanks :)

Tips Diet yang Seimbang

hye assalamualaikum guys ,
hopefully korang semua sihat wal-afiat

hari ni fatin sengaja menyebokkan diri dengan meng-update entry baru yang sudah agak lama ditinggalkan sejak 5 bulan yang lepas .. haha
dan sekarang ni fatin tengah cuti exam mid term selama seminggu , seiring dengan itu kerana tahap kebosanan yang melampau sepanjang cuti ni hari ni fatin merajin kan diri untuk share some tips yang berguna,

let start,
well sedia kita tahu yang kita perlukan makanan untuk teruskan hidup tapi kita perlu bijak mengawal permakanan agar kita tidak mengabil secara berlebihan .. disini fatin akan share tip diet yang seimbang hasilnya kita bukan sahaja mendapat bentuk badan yang menarik bahkan kesihatan turut meningkat

Have 10 tips,

  • Kita digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan nutrien, kerana kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan pada tahap yang maksimum. 
  • Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga .
  • pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian . Berat badan pasti terkawal jika kita mengambil roti dan biskut.
  • Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein .Namun sebelum itu buangkan kulitnya terlebih dahulu
  • Kita boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul . seperti memanggang,membakar atau mengukus.
  • Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amat digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.Jika pengambilan kalori secara berlebihan ia akan bertukar menjadi lemak ini akan menyebabkan individu menghadapi kegemukan.
  • kita disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. selain susu kita boleh mengantikan dengan yogurt atau keju.
  • Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak begitu juga dengan minyak,penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
  • Tidak salah jika sesekali kita mahu menjamah snak tapi pilihlah yang rendah lemak .Antara yang boleh dipilih ialah sandwish,bertih jagung atau pun popia basah.
  • Jika kita teringin makan diluar tak salah tapi memilih menu hidangan dalam saiz kecil.


  • tadaaaa .. haaaa hope tips ini dapat membantu korang dalam mengamalkan diet yang seimbang. selamat mencuba . That all for today ukey jika ada kekangan waktu fatin cuba berkongsi tip lain pula .. ukey jari pun dah penat menaip 




    By:Fatin Nadhirah =D

    No comments:

    Post a Comment